Sunday, November 13, 2011

Touch Screen vs. Touch Free Screen

Teknologi touch screen sudah begitu sebati dengan dunia smartphone. Sebut sahaja brand apa, semua smartphone terkini dilengkapi touch screen. Pengguna tidak mahu lagi butang keypad padatelefon bimbit mereka.


touch screen vs. touch free interface
Tapi, pernahkah kita terbayang tentang touch free screen?
Baru semalam kami bercerita tentang teknologi skrin mudah lentur. Ternyata teknologi begitu cepat berubah. Hari ini kami ingin berkongsi berita tentang skrin bebas sentuh (touch free screen) pula.
Touch free screen atau lebih tepat touch free  interface adalah satu teknologi baru dimana pengguna tidak perlu menyentuh skrin untuk menjawab call, mendengar lagu mahupun bermain game. Hanya gerakkan tangan untuk semua itu. Pernah gunakan Kinect? Teknologi ini memanfaatkan sistem kamera untuk pengguna berinteraksi dengan telefon bimbit mereka.
Apa yang menarik, teknologi Israel ini tidak memerlukan sistem kamera yang sofistikated, memadai dengan kamera sedia ada pada smartphone dan tablet dalam pasaran kini. Pembangunnya, eyeSight Mobile Technologies menjelaskan bahawa teknologi touch free interface adalah software semata-mata. Ia boleh diinstall pada tablet, netbook, laptop dan pastinya smartphone.
Saksikan video bagaimana pengguna boleh memanfaatkan teknologi touch free interface dalamAndroidiPhone bila pula?

semoga bermanfaat .....

No comments:

Post a Comment

Featured Post 5

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...