Sebelum ini kami mempersoalkan benarkah iPhone 4 tak support Siri. Di dalam artikel tersebut, kami menyiarkan video Siri yang cuba dipasang dalam iPhone 4 tetapi gagal berfungsi dengan baik dimana Siri tidak dapat berinteraksi dengan server Apple menyebabkan ia tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diutarakan.
Segelintir pengguna berpendapat iPhone 4 tidak mempunyai chip khusus untuk membolehkannya menggunakan Siri. Ada juga yang mendakwa A4 tidak cukup ‘power’ untuk run Siri.
Namun, pembongkaran telah dibuat dan ternyata Apple menggunakan Siri sebagai selling point untuk menjual lebih banyak iPhone 4S. Mungkin ada sesetengah pihak melihat ini sebagai langkah Apple mahu memaksa pengguna untuk membeli iPhone 4S sekiranya inginkan Siri. Tetapi kami melihat ini sebagai strategi bisnes yang pintar. Ini kerana, walaupun iPhone 4S merupakan upgrade yang ramai menganggapnya sebagai minimal pada hardwarenya daripada iPhone 4, namun Apple memberikan Siri sebagai nilai tambah kepada pembeli iPhone 4S dan ia dilihat sebagai win-win situation.
Kesimpulannya, kejayaan hack Siri ini memberikan sinar harapan kepada pemilik iPhone 4, iPod Touch 4G dan mungkin juga iPad selepas ini untuk ‘bermesra’ dengan Siri tanpa perlu membeli iPhone 4S. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah menunggu dan berharap agar Apple melepaskan Siri untuk iDevice ini dalam update iOS 5 seterusnya,
itupun setelah Siri boleh berbahasa Melayu
.
itupun setelah Siri boleh berbahasa Melayu
.
semoga bermanfaat .....
No comments:
Post a Comment